Tuesday, 18 November 2008

KOPERASI BELA RAKYAT KAWASAN CHUAH PORT DICKSON BERHAD

Koperasi Bela Rakyat Kawasan Chuah Port Dickson Berhad juga dikenali dengan nama ringkas KOBERA DUN CHUAH BERHAD telah ditubuhkan atas usaha Suruhanjaya Koperasi Malaysia Port Dickson yang dianggotai oleh seorang Pegawai bertaraf Penolong Pengarah bersama 2 Kakitangan sokongan dan 1 kakitangan kontrak ( Pegawai Pengembangan Ekonomi Koperasi )

Usaha murni Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam menubuhkan satu KOBERA satu DUN amat disanjung tinggi oleh rakyat dan pemimpin masyarakat setempat. Usaha gigih diusahakan oleh SKM dengan kerjasama pemimpin masyarakat telah dapat menubuhkan Koperasi ini dengan pengembelingan usaha 3 pemimpin masyarakat sepakat membawa insprasi, harapan dan matlamat kerajaan untuk membela golongan rakyat miskin tegar, miskin,kurang upaya,balu,anak yatim, orang asli, OKU yang mana mereka berpendapatan rendah, mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan JPM ( ICU ), Isirumah yang menerima pendapatan dari garis Kemiskinan (PGK) bagi Semenanjung ( MISKIN) pendaparan isirumah adalah RM660.00, (MISKIN TEGAR) pendapatan isirukag adalah RM420.00

KOBERA DUN CHUAH BERHAD telah dimeteraikan pendaftarannya pada 5hb Januari 2009. dengan Bilangan Daftar : N-3-0330 rujukan SKM SKM.IP(PEND)N-316/(1). Mesyuarat Agung Permulaannya telah berlangsung pada 30 November 2008. Maka bermulala keujudan KOBERA DUN CHUAH BERHAD sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad dibawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993.

No comments: